July 12, 2014

Stay At Home Mom Part 1

Tajuk nak speaking London sesaja uols kan.
Selalu orang ingat bila kau suri rumah maksudnya hidup kau terlampau free.
Aku belek-belek diri entah apa yang free nya aku pun tak tau. Its a never ending assignments.

Keputusan yang paling sukar I buat ialah untuk berhenti kerja setahun yang lalu. Itupun sebab pregnant. Dan juga alahan yang teramat teruk. Aku ni dah kategori dehydrated. Belum sampai tekak dah tersembur.

Sampai satu tahap I terpaksa tak turun interview. Itu second stage interview uols. Maksudnya dah kena shortlisted dah. Apa boleh buat.

Dah memang teruk sangat. Nak pegang steering kereta pun dah terketar-ketar lembik. Takut pulak I termuntah depan interviewer. Mampus iols terus kena reject. So, bagus kiranya I tak payah turun je. Itupun aku ada la call bagitau tak dapat turun. Bukan rezeki kot. Sobsob

Jauh sangat melalut. Kembali ke topik asal.

Sesetengah orang anggap mak-mak duduk rumah ni tak buat apa. Setakat masak, jaga anak, kemas rumah tu perkara kecik. Masalahnya benda tu perkara besar bagi I. Semua benda nak kena ikut time. Celik mata terus fikir mana nak settle dulu. Seboleh-bolehnya I nak semua benda siap sebelum 11 pagi. Itu cara kalau rajin.

Tu pun kejap- kejap stop. Anak nak itu la.nak ini la. Belum lagi yang nak sentiasa nampak muka kita padahal mak kau ada je ke hulu ke hilir dalam rumah.

Belum lagi part nak lipat kain baju. Jangan tak percaya. I duduk rumah pun relax je kain baju tak berlipat. Hehehehe. Ini part paling lemah sekali.

Tapi sekali dah nak melipat ambik masa lebih sehari sebab nak asingkan kain baju. Baju jalan lain, baju basahan lain. Belum lagi yang nak kena masuk plastik sebab tak pakai. Padahal tak sampai pun empat lima bakul. Hahahaha

Dengan anak kecil yang belum pandai berjalan ni agak sukar nak buat kerja-kerja luar. Nak settle kan hal bil-bil makan hari jugak. Tambah lagi baby ni kaki tido. Hehe. Dia kalau tak tido siang memang akan cranky. Dah tu siap ada 3 sessions lagi. Kelas uols,baby.

Sebab tu kalau nak keluar kena tunggu dia bangun tido selepas sesi ke dua. Bagi minum susu baru masuk dalam kereta. Kalau tak bingit je kau dengar dia meraung dalam kereta. Tension tau tak. #Aptb

Akan bersambung part 2. Tunguuuu

posted from Bloggeroid